Kelas Tambahan Digital (Maxis e-Kelas) Eksperimen Matematik & Sains
17 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2019, PI Bukit Besar melalui Program Maxis e-Kelas telah menjalankan satu eksperimen bagi matapelajaran Matematik & Sains untuk setiap kelas iaitu Darjah 6, Tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5. Eksperimen ini dijalankan adalah bertujuan untuk cikgu menilai pelajar-pelajar Maxis e-Kelas samada mereka faham ataupun tidak dengan apa yang telah mereka belajar berkaitan teori didalam kelas selama ini. Semua pelajar Maxis e-kelas diwajibkan mengambil bahagian dalam eksperimen ini. Pelajar-pelajar harus menyiapkan eksperimen ini dalam masa yang ditetapkan dan akan diperhatikan oleh staf Pusat Internet.
Selain itu juga, dengan adanya eksperimen ini dapat mengelakkan pelajar-pelajar daripada jemu asyik belajar secara teori dan juga dapat memahamkan lagi pelajar-pelajar dengan proses yang berkaitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: